Friday, 23 March 2012

RANDY PANGALILA ! 


he's the one of my heart ! <3 (p/s : jangan rampas dia daripada aku ! wekk :P ! dia pemilik hati aku sekarang ! yeay ! )

seriously ! Randy memang dah terlekat kat dalam kepala otak , hati dan juga perasaan aku .
aku sendiri pun tak tahu macam mana nak hapuskan bayangan dia kat dalam minda dan ingatanku ni !
Ya Allah ! Ya Tuhanku ! tolonglah aku untuk jadikan dia sebagai hiasan saja . jangan letakkan dia terlalu dalam di dalam hati kecil ku ini . seandainya jadi begitu , susahlah aku nak melupakan dia . memang akan mengambil masa yang lama . banyak cerita yang aku tengok ada dia . SEMUANYA ADA DIA !!

oh , Randy sayang ! bilalah agaknya aku boleh ketemu kamu sih ?
alamak aii ! teringinnya nak jumpa dan ngobrol (berbual) dengan artis-2 indonesia .
harap-2 , suatu hari nanti , aku akan berpeluang nak tengok wajah mereka dengan lebih dekat , malah dapat berbual dengan mereka .. oh ! bahagianya rasa !

KEKECEWAAN AKU ! :( SAYA BENCI AWAK !


setidak-tidaknya boleh melupakan semua perasaan kecewa aku kat Malaysia nih . kecewa , hampa , resah , gelisah dan sedih . semuanya dah menjadi satu rasa . rasa macam nak nangis jer sekarang . semua orang kat sini dah sempat kecewakan dan lukakan hati aku ! lepas tu , senang je dorg ckp minta maaf , sorry ~ dorg tak fikir perasaan aku . sedih sangat-2 . aku dah sempat nangis pun . first time aku menangis kerana seseorang ! that's mean , someone tu are very special in my life ! tapi senang-2 jer dorg tinggalkan aku hanya sebab aku xde PMR ! so , xde mse depan lah ?! ingatkan boleh terima aku dengan seadanya ! rupanya , semua itu hanya kata-2 yang palsu ! SANGAT PALSU dan hanya ingin MENYEDAPKAN HATI AKU saja ! cukup je masa , korg akan tinggalkan aku begitu saja . u are such a HYPOCRITE person ! such a bitch ! rsenya macam aku tak pernah marah sesiapa sebelum nih . tapi sekarang , rasa macam semua kata-2 yang lembut dan berbudi bahasa dan lembut tu semuanya dah hilang hanya kerana seorang insan yang tak amik pedulikan hati dan perasaan aku . korg ingat aku robot . aku cuma manusia biasa jer ! macam korg jugak . tak mungkin aku mudah nak lupakan semua kenangan yang pernah kita lalui . semuanya BERSAMA !

Awak ! saya sayang awak ! tapi awak dah hancurkan bintang saya bersinar menjadi suram , langit saya yang dulu cerah kini semakin gelap . tanah yang saya pijak dulunya subur semakin lama semakin rosak ! semuanya awak yang buat dalam sekelip mata ! kalau dah ada orang yang boleh menggantikan saya , kenapa tak berterus terang ?! kenapa biarkan saya bertanya dan terus menjadi tanda tanya pada diri saya ?
kenapa awak tak jujur ? awak juga yang tak suka kalo ade org tipu awak , tapi awak sedar tak yang awak cuba nak tipu saya dan menyembunyikan sesuatu daripada saya ? saya ingat saya boleh percayakan awak ! tapi rupa-2nya , semua tu untuk semua sementara saja . bukan benda yang kekal sampai bila-2 . saya ni cuma tempat persinggahan awak . bukan orang yang betul-2 awak suka atau awak sayang ! kalau lah dari awal awak putuskan saya , dan saya takkan terima awak sekali lagi , saya mesti takkan kecewa sebegini rupa ! awak sangat hebat dalam menjalankan peranan awak sebagai PEMUSNAH kehidupan dan hati saya . awak anggap hati saya macam barang permainan yang selalu dijual di kedai-2 supermarket tu . sikit pun awak tak hiraukan saya . sekurang-kurangnya , BERTERUS-TERANGlah ! saya pasti boleh meneriamanya walaupun itu semua sukar bagi saya untuk lupakan segalanya .


Awak ! walaupun awak dah buat macam-2 benda yang sakitkan hati saya  , saya masih lagi akan maafkan awak . tapi tu semua sebab awak mengaku semua tu dan minta maaf . tapi sekarang awak dah lain . awak tak macam yang dulu . awak sembunyikan sealanya dan biarkan soalan saya tergantung tanpa dijawab . biarkan segala tanda tanya berterusan mengelilingi fikiran saya . tolonglah jawab soalan tu . saya tak tanya banyak soalan . cuma satu jer . KENAPA ? itu saja . semua orang ade sebab kenapa mereka lakukan sesuatu . takkan lah awak takda sebab ? atau awak sebenarnya memang SENGAJA ? hanya sengaja nak menyakitkan hati saya yang dah lama terluka dan sekarang , awak nak tambahkan lagi ? awak hebat . sangat hebat ! takde orang lain sehebat awak . saya sangat kagum dengan awak . mungkin awak takkan rasa semua ni , tapi suatu hari nanti , awak akan rasa macam mana sakitnya . awak PASTI akan rasa . Tuhan maha Adil . awak tak boleh menafikannya . awak selalu mungkir janji . taburkan pelbagai jenis janji yang boleh buat hati saya cair . dan lama kelamaan , awak bosan , awak pun tinggalkan saya ! awak takde perasaan ! tak fikir pun tentang perasaan saya ! baiklah ! mulai hari ini , kita dah takda apa-2 hubungan lagi ! saya tak kenal awak dan awak pun tak kenal saya . tolong , jangan harapkan apa-2 lagi daripada saya . seluruh kisah dan kenangan kita akan berakhir di sini . cukup sampai di sini !

Awak tak layak jadi kawan saya bahkan untuk jadi pendamping saya , memang JAUH sekali ! jangan bermimpi dan berharap lagi ! YA ! saya sangat marah ! jangan hubungi dan sms saya lagi . mungkin kita akan berpisah untuk selamanya . mungkin itu adalah yang terbaik untuk kita berdua . kita dah tak dapat nak perbaiki hubungan yang dah rosak dan semakin rapuh . hati yang hampa dan kecewa ni tak boleh dipujuk lagi dengan kata-2 dan rayuan sesiapa . hanya ingin menyendiri dan MENYENDIRI . hati ini milik Allah ! hanya dia saja yang boleh menggerakkan hati saya untuk segala sesuatu . semoga Allah akan tetap menjaga dan memelihara hati ini daripada berterusan disakiti seperti insan macam awak ! saya harap orang lain akan belajar menghargai dan menghormati hati saya lebih daripada sikap awak terhadap saya . kita memang takde peluang untuk berbaik . semuanya cukup sampai di sini . segala-galanya akan tamat di sini sahaja !
selamat tinggal ~ janganlah awak ingat atau rindukan saya lagi . hati ini sudah pun dimiliki . Allah tetap satu-2nya Tuhan yang tetap akan memiliki tempat di dalam hati saya . di tempat yang pertama .



[sewaktu aku menaip segala luahan ini , aku tak dapat menahan sebak dan rasa sedih di dalam dada dan hatiku , sampai-2 aku menitiskan air mata hanya disebabkan seorang manusia . aku mengesatnya , tapi air mata itu tetap mengalir dan sukar untuk berhanti . terutamanya bila kata-2 terakhir tadi ditaip . rasa seperti hati bagaikan dihiris-hiris dan dicampak entah ke mana . hanya Tuhan saja yang tahu . semoga ini dapat dijadikan pengajaran . pilihlah seseorang / sesuatu kerana Allah ! (seandainya anda seorang beragama Islam) bukan kerana suka-2 semata . kerana daripada kita mula-2 suka , di penghujungnya nanti boleh menjadi duka . Wallahualam .]

No comments:

Post a Comment